Mak Ai harga gula naik,biasa la tu.Itu adalah reaksi yang tidak begitu terperanjat orang-orang
kampung.Terimalah seadanya.Akak tak fikir orang kampung kalau biasanya seminggu beli
3 kilo akan membeli 2 kilo bila harga naik.Yang pasti mereka akan tetap membeli mengikut
kebiasaan juga.
Oleh itu gunalah bahan alam semulajadi (bukan semulajadi kerana semua adalah ciptaannya)
seperti herba-herba untuk mengurangkan bahana gula-gulaan yang menjadi penyebab sakit-
sakitan rakyat Malaysia.
Apa yang akak nak paparkan kali ini adalah penggunaan makanan seimbang.Antara yang ada di
kebun adalah pegaga.Khasiatnya tidak perlulah akak cerita. Titik noktahnya adalah baik untuk
kesihatan.Kalau bab gula berlebih-lebih dalam badan carilah pegaga.Cuma orang kita ni kalau
terlajak sudah sakitnya baru nak rebuslah nak blende lah.....Dan jangan diperlekeh pegaga
kerana ia mempunyai rahsia iaitu awet muda kalau rajin minum jus pegaga.Tak perlu cari kolagen dari
lautan Atlantik atau Pasifik.Dan banyak produk pegaga sekarang dikopi-kopikan atau dikapsul-
kapsulkan.Boleh memanglah boleh tidaklah se 'ngam' yang original.
Akak memang penanam(cam tak sesuai je penanam) pegaga.Pegaga biasanya akak tanam dikebun
dan ada juga yang tumbuh melata.Akak tidak mengharapkan pegaga tumbuh dicelah semak
sebaliknya akak tanam sendiri.Dan ia juga ada proses sendiri ,dari anak benih ke pemindahan
dan petik.Istimewanya pegaga yang akak tanam tidak memerlukan racun serangga atau baja
berkimia sebaliknya akak menggunakan baja organik dan tidak perlu racun serangga untuk
memastikan ia tumbuh cantik dan segar.
Oleh itu makanlah pegaga.Insyaallah khasiat alam anugerah NYA akan membantu kita dengan
rahsianya tersendiri.Insyaallah.
Sedang membesar |
Kebun dipenuhi pegaga |
Bersedia untuk dipetik |
Sedang memetik pegaga |