Sabtu, 11 Mei 2013

TERIMA KASIH IBU

Assalamualaikum, situasi selepas pru 13 mula sejuk, tidak seperti sebelumnya . Ada rakan yang akak
fikir ilmu tentang makna demokrasi kurang amat risau bila bendera parti pilihan akak pasang di depan jalan masuk . Ada sahabat yang bimbang ada yang enggan masuk bila melihat akak sokong parti yang berlawanan.  Bukankah rezeki itu tertulis ditangan yang amat pemberi rezki.Jadi janganlah bimbang . Yang
penting kita berusaha pasti bantuan dariNYA akan datang tanpa disedari.
Minggu ni ramai yang datang membeli bunga adalah boleh dikategorikan yang berpangkat nenek-nenek.
Dan yang paling istimewa seorang ibu usia mencecah 76 .Raut wajah berseri dan tenang.Teringin memiliki
pokok puding yang boleh dikatakan amat susah untuk dijaga dan susah untuk membesar kerana penjagaan
yang rumit.Jenis pokok yang manja.Nama pokok pun semacam iaitu pokok intan terpilih.Akak cuma ada
sepokok yang bercabang tiga.Kerana keinginannya yang amat tinggi pada pokok tersebut akak dengan
rela (pada asalnya tak begitu rela ) memberikan setangkai pada ibu tersebut.Akak sebenarnya teringat
pada ibu akak yang terlantar sakit.Apa agaknya bakti kita pada ibu-ibu yang membesarkan kita tanpa
memikirkan penat lelah kerana si ibu tahu anak adalah amanah besar dariNYA dan sekarang ibu adalah
amanah dan tanggungjawab kita untuk membalas apa yang dikorbankan dulu .Untuk itu apa yang akak
mampu lafazkan adalah SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU-IBU.Kalau mampu aku
akan menghadiahkan taman syurga untuk mu wahai ibu.



                                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan