Khamis, 16 Mei 2013

Hidup dan mati

Assalamualaikum......ibu mertua akak mencecah 85 tahun.  Istimewa sungguh ibu mertua akak ni.Bab
memasukkan benang kedalam jarum pasti beliau juara.Bab mengaji tanpa memakai cermin mata kalah kita.
Usia cam akak bila nak mengaji sibuk cari kanta pembesar.Apalah rahsianya.....walau tiada rahsia....paling
tabik setiap pagi beliau akan bercucuk tanam.Tak kira jenis sayuran atau bungaan.
Minggu ini Ibu mertua menerima khabar buruk bila anak yang sulung pergi menghadap ilahi .Raut wajah ibu sedih sayu tapi tenang.Seminggu sebelumnya si anak tadi bertandang kerumah ibunya.Sambil bergurau abang ipar meminta bunga dari akak.Bunga yang tidak perlu dibela bak kata sudah besar dan jadi.Bagi free tau ,itu ungkapan gurauan yang terakhir arwah dengan akak.
Kebetulan angin akak pun tengah baik akak bagilah dua pasu yang besar dan cantik.Akak pun pelik semacam apasal pulak akak baik hati sangat waktu itu.Bila difikirkan yang maha ESA yang menghalakan
hati akak memberi sedikit kegembiraan pada saat akhir untuk ia memerhatikan ciptaanNYA walau
sekadar sepasu bunga.Apa yang terngiang ucapan Alhamdulillah tak putus-putus diucapkan bila akak memberikan bunga yang dikira jenis biasa-biasa je.
Apa-apa pun takziah untuk anak-anak arwah.Semuga arwahnya dicucuri rahmat.Dan yang tinggal adalah
kita untuk menampal amalan-amalan yang akak rasa berlubang-lubang.
                     
                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan