Assalamualaikum........sekarang musim panas.Panas dari sinaran matahari seperti menguji kita akan
bahang kepanasan yang akan dihadapi oleh setiap manusia.Akak macam terasa ingin segera insaf jika
fikiran yang membabitkan dosa dan pahala ni. Semuga rasa sedar diri siapakah kita menjadi target kita
untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Waduh cam ustazah pulak.Lagi pula ramai sahabat yang
pergi tak kembali sejak akhir-akhir ini.
Sakit ,bukan sahaja orang yang sakit pokok juga akan sakit bila penjagaan kurang atau terlebih baja.
Manusia akan sakit jika lebih makan pokok akan sakit jika segalanya terlebih.Ada manusia yang
meminati bunga tidak akan sabar untuk melihat bunga idamannya membesar tanpa mengira keperluan
dan mengikut kesesuaian.
Tak paham ......emm akak pun naik tak faham apa yang akak tulis.Beginilah.... adalah satu pokok tu,
pokok bunga lah senang cerita.Pokok tersebut ditanam dalam sebiji pasu.Oleh kerana tidak sabar untuk melihat pokok tersebut membesar dengan semangat(angin nak tanam bunga) pokok disiram sehari tiga kali
siap dibaja dengan yang berkimia-kimia gitu.Oleh kerana tidak kemampuan pokok menerima makanan yang berlebihan maka pokok jatuh sakit dan mati .Hal ini berlaku kerana pokok muda atau pokok yang baru di
tanam biasanya akar baru nak belajar bermesra dengan tanah,batang pokok belajar untuk menegapkan
diri, si dedaun baru belajar untuk menjengah terik mentari dan kita dengan sesukahati memaksa pokok .
Akak bercerita ini adalah dari pengalaman akak yang boleh dikategorikan 'padan muka' dan sejak itu akak
berhati-hati bila nak tanam pokok.
Dan yang paling terbaru akak beli baja untuk menangani pokok yang stress.Zaman serba canggih bukan
sahaja manusia dan ,binatang yang stress, pokok ikut stress.Akak akan mengkaji(eewah) bagaimana rupa
pokok bunga yang stress.Adakah daun atau batangnya berkerut seperti manusia....tungguu.Apa-apapun
jika kita stress DIA telah menyediakan cara-cara untuk kita menanganinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan