Assalamualaikum, Bulan september ni usia akak telah mencecah setengah abad.Cam dah tak sesuai guna akak- akak.Kena tukar pada makcik atau nenek.Tak apalah yang penting hati tetap muda...amboi . Biasa sangatlah kalau akak ingin bercerita( akak bukan penulis ) cerita mesti berkaitan dengan bunga.Antara bunga yang sedang popular atau peberet orang kampung ialah bunga Janda Kaya.Akak rasa ramai yang tahu bagaimana wajah bunga ini.Memang cantik, sesuai dengan namanya. Bunga puding masih menjadi carian orang-orang kampung yang gemar menambah koleksi bunga-bungaan.Bunga puding siam yang satu masa lalu menjadi pujaan kini telah bertukar arah. Selera bertukar pada bunga puding malaysia pulak.Cam tak malu pulak last-last bunga dari tanahair sendiri pula yang dicari. Namun kerana carian-carian bunga puding dulu-dulu membuatkan akak 'masyuk' semenjak dua menjak ini.Bunga puding ini kebanyakannya adalah citarasa warga desa sahaja, memang berbeza denagan citarasa orang bandar. Kesimpulannya maaf kerana pengisahan akak mengenai bunga seperti penulisan pelajar yang tidak mahir menggunakan bahasa karangan tahap spm.kerana akak dah lama tak sekolah.Oleh itu maafkan akak ye.Sampai jumpa lagi.Wassalam.
|
bunga janda kaya |
|
bunga puding ikan emas |
|
bunga puding cerai kasih....he...he |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan