Akan merangkak usia semakin sensitif jiwa.Agaknya inilah yang sedang menjalari diri.Kak
seperti serba sedih semenjak dua menjak .Namun kak gak bijak juga bila sesekali mengingini
kesepian kerana tenang datang bersahabat walau hati selalu disimbahi oleh bisikan yang boleh
mengalpakan malahan kak kadang kalah oleh bisikan itu.Istimewanya halaman tempat kak selalu
bersantai(lepak)ada sejenis pokok yang cantik dan redup.Namanya pokok mentega buahnya berwarna oren
kemerahan apabila sudah mencapai masa untuk dipetik dan berbau harum wangi.Kebiasaan dibawah
pohon inilah kak akan memerhatikan keindahan kampung halaman yang tidak boleh dijual beli harga
angin yang berdesir dengan damai yang menyapa.Pohon ciptaanNYA nampak biasa tetapi boleh
menjadi terapi sanubari untuk mencari ketenangan yang sumbernya hanya DIA yang tahu.
Buah mentega ini apabila masak isinya berwarna kuning susu dan yang mengagumkan rasanya
lemak manis dan harum.Ibu mertua yang menanamnya lebih 20 tahun yang lalu.Dan nasihat kak
jangan terbuai jiwa oleh rasa sedih kerana yang Maha Pencipta menyediakan pelbagai (ciptaan)
untuk diamati dan sedialah bertarung dengan diri sama ada kalah atau menang pada syaitannirrajim.
akak.... tolong, sy nk buah mentega. kalau boleh nk beli pokok nyer sekali....
BalasPadam