Isnin, 25 Mac 2013
pokok bunga era 70an. (nama tidak diketahui )
Assalamualaikum,hobi kak pada bunga atau apa saja tanaman seperti tidak padam.Pokok
hiasan yang kak paparkan ini adalah antara bunga yang paling disayangi oleh Ibu tersayang.
Masalah kesihatan membuatkan dirinya terlantar diatas katil sekarang. Hobinya sama seperti kak.
Sejak ibu terlantar banyak pokok kesayangannya mati kerana tidak terjaga.Bunga yang kak papar
kan adalah antara bunga yang ditanam sejak kak anak dara lagi.Sebulan yang lalu ibu kak pesan
pada kak untuk menjaga pokok kesayangannya.Sebulan dalam jagaan pokok tersebut mula
mengeluarkan tunas-tunas baru yang segar dan cantik.Subhanallah cantiknya ciptaanNYA.
Dan bila kak bercerita pada ibu bunga kesayangannya segar dan cantik ibu mengukir senyum
gembira dengan sinar mata yang bercahaya.Kesimpulannya secara tidak langsung bunga boleh
menjadikan seseorang bersemangat dan ceria.Namun kak kurang pasti apa nama bunga yang kak
paparkan kerana tuanpunya (ibu) juga sudah lupa nama pokok tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan