Khamis, 7 Mac 2013

pokok bunga manik.



          Assalamualaikum...semuga salam kak bersambut.Seperti biasa setiap petang khamis surau tempat
          kak akan mengadakan kelas pengajian.Antara yang ditazkirahkan bagaimana' selesa dengan
          keselesaan' boleh menjadikan kita manusia yang leka dengan nafsu.Dalam bab ini masing-masing kena
          fikir-fikirkan apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut.
          Hari ini kak nak cerita tentang sejenis pokok yang memang pelik jika ditunjukkan kepada generasi
          kini.Namun bagi sebahagian golongan seusia kak yang setengah abad pokok ini menjadi nostalgia
          zaman kanak-kanak.Bunga pokok ini akan menjadi manik-manik yang jika disambung dengan
          benang boleh menjadi rantai leher juga tangan.Dan yang paling menakjubkan dalam manik-manik
          tersebut ada lubang yang benang atau jarum boleh masuk untuk disambungkan satu persatu manik
          dan dijadikan rantai .
          Bunga pokok dalam kata lain manik-manik ini akan terjadi apabila pokok yang menyerupai jagung
          ini mencapai tempoh matang.Ia akan kelihatan kehijauan kemudian berubah menjadi hitam kelabu
          akhirnya menjadi warna putih kelabu.Mungkin sesetengah masyarakat tidak ambil kisah pokok
          pelik ini.Tapi bagi kak ini adalah sumber alam pemberian NYA yang tidak terungkap oleh
          kata-kata.
          Pokok ini pun kak jumpa sewaktu kak pusing-pusing kebun yang telah lama kak tak masuk.
          Alhamdillah dapatlah sepokok untuk dijadikan bukti bahawa setiap ciptaan NYA ada
          manafaatnya.Lupa nak tulis nama pokok yang berbunga manik ialah JULUWATU nama sainsnya kene la fikir la sendiri.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan