Rabu, 9 Januari 2013
cerita -cerita
Assalamualaikum.......sukar untuk kak mencari ilham apa yang hendak ditulis pada waktu
yang terluang ini.Kehidupan kak yang hanya dipersekitaran kampung ditambah lagi dengan
pergaulan kak yang terhad pada rakan -rakan yang sama persekitaran menghadkan idea
kak untuk menulis apa yang diluar pemikiran orang yang bergaul dengan ramai orang.
Pendidikan rakan-rakan kak sederhana sama seperti kak.Sembang-sembang kami hanya
pada kisah kehidupan keluarga dan diri.Contoh apa bekalan kami pada dunia yang kekal abadi
nanti.Malahan gelak tawa rakan-rakan menjadi pendorong kak untuk menjadi penjual bunga
ala-ala desa gitu.
Kak nak beralih ke kota pula.Kak kali terakhir memijak bumi Kuala Lumpur kira-kira 20 tahun
yang lalu.Landskap-landskapnya tentu melebihi jangkauan fikiran orang kampung seperti kak.
Kak pernah mengikuti rombongan orang kampung ke Putrajaya.Kak betul-betul terlopong
dan kagum hasil usaha pereka-pereka landskap yang begitu pandai menghasilkan taman-taman
yang amat indah lagi menawan.Kak terfikir juga kalaulah bunga-bunga kak khasnya bunga
puding boleh menjadi penyeri taman-taman di kota...emm alangkah anehnya fikiran yang
datang tiba-tiba.
Apa-apa pun kak tetap bahagia kerana kak tahu bunga puding kak telah menjadi penyeri laman
rumah sebahagian orang kampung ditempat kak.
.
LAMAN RUMAH ORANG KAMPUNG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan