Jumaat, 4 Januari 2013
kehidupan
Kak seorang surirumah sepenuh masa. Kehidupan kak disekitar rumah ,laman ,jiran dan
masyarakat.Hobi kak yang gemar bercucuk tanam [bunga khasnya] menjadikan kak
mengenali lebih rapat jiran dan masyarakat sekeliling.
Hobi jiran yang turut menggemari bunga menjadikan kami rapat.Kalau ada bunga yang kak
takde biasanya akan timbul sifat derma menderma satu sama lain.Kak derma bunga itu
jiran derma pulak bunga ini. Apa-apapun kami bukan jenis yang gila habis pada bunga.
Kami tetap mengamalkan sifat sederhana walau terkadang ada bunga yang membuatkan kami
tak tidur malam kerana keunikannya.
Pagi tadi datang seorang pemuda ingin membeli sepokok dua bunga puding.Katanya
hendak ditanam atas kubur datuknya yang baru meninggal seminggu yang lalu.Pemuda tersebut ingin
jenis bunga puding yang mahal.Emm.....untung arwah datuk mempunyai cucu begitu.Kak \
berniat nak menderma saja bunga yang diingini tetapi ia enggan.Katanya wang tersebut
untuk membantu kak pulak.
Alahai mana nak cari pemuda yang mempunyai pemikiran sebegitu di zaman serba canggih.
Apa-apapun bunga puding kak menjadi penyeri kubur pulak.......sendiri kak mau ingat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan