Antara buah yang sangat terkenal di kampung ialah jambu.Musim buah-buahan yang
sentiasa bertukar ganti membuatkan jambu jenis kampung sudah mulai dilupakan.Malahan
rupa pokok jambu pun tidak begitu diketahui oleh sebahagian golongan khasnya kanak
kanak juga remaja.Kakak yang merasai sepenuhnya hidup kampung seperti merindui
keenakan meratah jambu yang dipetik terus dari pokok.Keistimewaannya apabila
anak-anak malah orang dewasa yang diserang cirit-birit dipaksa mengunyah pucuk jambu
dan biasanya ia amat berkesan untuk mengubati sakit perut.Walau apa-apa pun
kak akan menjaga pokok jambu yang ada sepokok dua dilaman untuk santapan
sesiapa yang berminat dengan jambuuu kamponggg termasuk tupai yang menjadi peminat
nombor satu jambu akak.
bunga pohon jambu.
putik jambu
jambu yang sudah ranum.
tupai peminat tegar jambu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan