Hujan mula turun.Kak baru mahu mula masuk ke laman.Waktu yang terluang ini kak
gunakan untuk mengisi sedikit info mengenai SEMANGAT.Tarif setiap orang mengenai
'semangat' berlainan.Ada yang beranggapan bila usia meningkat yang paling sesuai hanyalah
dengan duduk diam-diam ......bak kata kubur kata mari.Tapi tidak bagi sesetengah orang.
usia tidak menghalang untuk meneruskan hobinya.Malahan ianya menjadi semangat untuk
mengingati kebesarannya.Prinsipnya agak mudah....selagi ada nyawa nikmat hidup
yang tersedia perlu digunakan sebaik-baiknya.Antara caranya suka bercucuk-tanam.
Dulu setiap inci tanah keliling rumah diisi dengan apa sahaja benih yang boleh dimakan
anak beranak.Bunga-bungaan menjadi satu cara menghilangkan tekanan.Pesannya
bila badan berpeluh sistem dalaman badan akan berjalan sempurna.Otot-otot menjadi
longgar dan yang paling penting semangat untuk beribadah menjadi keutamaan.
Pelik bagi sebahagian orang bila malas siang malam lagi malas.....Allahuakbar...terasa
kak..
usia (85) tidak menjadi penghalang untuk meneruskan hobinya pada bunga..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan