Selasa, 29 Januari 2013
ros
Sambutan Maulidur Rasul membuka lembaran bulan kelahiran Junjungan kita Nabi Muhammad
[s.a.w].Harap-harap kita dapat merubah minda yang negatif-negatif ke positif-positif.
Semenjak dua menjak kak tak berkesempatan untuk menulis apa yang kak terfikir.Urusan yang
pelbagai menjadikan masa agak terhad.
Pokok jenis yang manja akan rosak kerana terabai .Contohnya pokok bunga ros antara jenis
yang paling disenangi oleh manusia malahan ulat,serangga juga siput juga peminat pokok
ini.Daun adalah kegemaran serangga-serangga dan menjadikan daun berlubang.Cara mengatasi
adalah dengan menyembur racun serangga.Kadang kak rasa bersalah pada rama-rama yang
berlegar-legar untuk menghisap madu.Namun apakan daya kak terpaksa untuk memastikan
pokok ros kelihatan menawan .
Cuaca panas turut menjadikan pokok ros rosak.Namun itu hanya ujian kecil yang diberi oleh
Maha Esa untuk menguji kesabaran sebagai umatnya.Apa-apapun Alhamdulillah masih dapat
menghirup harum segar bauan yang dicipta oleh Pencipta.Malahan kak pernah terbaca bau
badan Junjungan Besar s.a.w adalah seharum bunga ros putih.Kerana itulah kak akan berselawat
setiap kali menghidu haruman bunga ros.
Dedaun bunga ros ibarat hati manusia.Hati manusia jika sudah ada satu titik hitam jika tidak
dijaga titik-titik hitam akan menjadi tompok-tompok yang akhirnya menutup seluruh hati kita.
Ini dikira tahap bahaya . Untuk itu jagalah hati kita juga jagalah bunga ros kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan