Sabtu, 5 Januari 2013
Baja pokok biar ikhlas
Hari ini adalah sabtu pertama tahun baru. Nampak gaya azam tahun lepas terpaksa di
'sinambungan' ke tahun baru.Hari ini adalah sabtu yang kak ada kelapangan seharian di
rumah.Tidak seperti minggu-minggu yang lalu jadual padat kerana memenuhi undangan
majlis perkahwinan dan berkhatan.Dalam kata lain sesi makan dan makan[Alhamdulillah].
Hampir sebulan bunga -bungaan kak tak begitu terjaga. Kak cuma sempat merenung dan
membelai sahaja. Namun ia memerlukan lebih dari itu iaitu BAJA.
Kerana sekolah tak tinggi kak buat rumusan sendiri tentang baja.Kalau baja warna merah jambu
tentu untuk bunga atau buah kalau hijau untuk daun.Ada lagi sejenis baja hasil dari benda yang
agak sensitif[tahi].Namun keistimewaannya adalah untuk asas perkembangan akar dan
pokok.Contoh baja tahi ayam,tahi kambing juga tahi arnab.Lebih mesra dipanggil baja
organik.Adalah sorang dua yang geli-geli bila tahu baja tersebut dari mana asalnya.
Untuk yang geli-geli dengan baja jenis tahi-tahi hingga dicipta dengan bentuk lebih cantik yang
dinamakan baja kopi O.
Namun kak bukan jenis yang begitu geli-geli,dengan selamba kak ceduk baja yang tersebut
lalu kak tabur atas tanah atau ditepi-tepi pokok.Lebih original lagi bagus.Hasilnya lebih hebat
jika menggunakan yang asli.
Pun begitu baja yang berasaskan kimia tidak kurang hebatnya.Apa yang tertera pada guni
baja menunjukkan kadar keperluannya.Contoh jika tertulis l5.l5.l5 atau l3.l3.2l. Turutan nombor
untuk akar batang daun bunga dan buah.
Macam info pulak hari ini.Seperti yang anda tahu ilmu itu lebih baik disebar-sebarkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan