Assalamualaikum,
Masih di desa ku tercinta.Desa yang rasa kejiranannya agak kuat.Malahan berita hangat seperti
siapa yang dipinang,siapa yang meminang ,siapa yang akan berkahwin dan siapa yang menjadi janda
antara bualan yang amat rancak dibualkan di kerusi kayu tempat akak berehat.
Dan yang paling seronok apabila akak dengan sengaja membawa sepasu bunga yang sedang mekar
menawan dihadapan kawan-kawan tadi.Serentak biasanya suasana akan senyap sesaat dua ,dan akan
riuh rendah semula masing-masing sibuk dan kagum dengan apa yang akak tayang(bunga).Yang ramai
kagum sekadar kagum tanpa ada yang membeli.Adalah dimaklumkan pembeli sekadar jiran dan
kawan jadi terpaksa tanggung risiko(beli atau tak beli).
Apabila sesi lihat melihat selesai perbualan mengenai orang kampung dicaskan semula.Terkini rumah
tangga seorang rakan hampir roboh gara-gara kerenah cyber.Baru belajar bersms dan berfacebook
membuatkan kebahagiaan hancur.Perasan atau tidak lebih baik meminati bunga-bungaan ciptaanNYA
daripada bergossip yang tidak-tidak.Tidak kiralah bungaan yang mahal atau yang cikai-cikai. Apabila
bunga idaman belum dimiliki biasanya hati seperti termengidam menanti untuk memiliki bunga idaman.
Adalah lebih baik mengidam bunga yang dijaga sendiri daripada mengidam manusia yang kadang-
kadang sudah tersedia tidak dijaga.
Apa-apapun "sabar dan jangan bergossip'' lebih baik mencuci mata dengan melihat warna-warna
asli bunga.Kesimpulannya cerita akak hari ini adalah kisah yang biasa dalam masyarakat moden.Dan
maaf kerana tatabahasa akak yang tidak begitu betul kerana sekolah tak tinggi.
bunga cikai cikai ( bunga tak mahal )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan