Dunia kak terasa kecil bila sesekali didatangi oleh orang yang kehidupannya jauh berbeza
dari kak.Kehidupan kak yang tinggal dikampung dengan suasana benar-benar kekampungan
terkadang dipandang rendah oleh segelintir manusia.Ini kes terpencil dan boleh dikategorikan
pelik dan hampir-hampir ketahap meluat.
Lebih kurang setahun yang lalu nursery kak yang ketika itu masih tidak begitu teratur disinggahi
atau lebih enak disebut didatangi oleh sepasang suami isteri yang kelihatan gah.Dalam kata lain
orang senang dari bandar.Keretanya memang jenis yang pegang pun kak tak pernah.
Waktu itu kak sedang giat menanam pelbagai jenis bonsai termasuk sinai.Kak beli pokok sinai
sewaktu kak hantar anak belajar di perlis.Hampir setengah jam pasangan tersebut pusing keliling
memilih bungaan yang diingini termasuk sinai.Kesemuanya lima jenis.Peliknya bukan kak yang letak
harga tetapi pasangan tersebut.Harga yang disebut memang tidak masuk akal dan tak munasabah
langsung Rm l5 untuk lima jenis.
Mereka fikir orang kampung jika nampak duit merah mesti terkinja-kinja suka.Sedih dan rasa
tiada harga diri bila segelintir manusia tidak menilai titik peluh orang kampung seperti kak.
Apa-apapun kak perlu bersangka baik walau pada segolongan manusia yang berfikiran begitu.
Kebetulan kelmarin adalah selebriti yang datang ke nursery kak.Walau tujuan sebenarnya untuk bertanya khabar pada ibu namun kak tabik kat orang macam ni kerana walau tinggal dibandar masih
menjadi orang kampong yang sebenar.Golongan inilah yang menghargai dan menghormati orang-
orang disekelilingnya
.