Jumaat, 31 Mei 2013

WARNA HIJAU PUTIH

Assalamualaikum, kekaguman akak pada bunga yang pelbagai jenis semakin meninggi.Akak selalu
terfikir bagaimana ciptaannya begitu indah , kuat ,damai, cantik ,tenang dan dalam kata lain tiada
kata yang sesuai untuk dilafaz mengenai ciptaannya.
Bayangkan hanya dari sehelai daun boleh terhasil berbagai warna yang jika difikirkan tak terfikir oleh
otak akak yang dikira tahap orang kampung biasa-biasa gitu.Akak pun minta maaf banyak-banyak
kepada pembaca yang tahap-tahap profesional kerana tahap penulisan akak cuma sekadar jangkauan
sepucuk jari kelingking ditambah lagi dengan pengalaman dan ilmu hanya disekitar desa yang penceritaannya
pusing-pusing itu juga.
         Pun begitu bak kata orang sekarang "ada ku kisah'' yang penting kak tetap kagum dengan ciptaannya.
Setiap pokok bunga yang tumbuh segar seperti mendongak keatas apabila petang menjelang dan apabila
malam dedaun menguncup keatas seolah-olah memandang ke langit.Ada pokok bunga yang dianugerahkan hanya dengan dua warna putih dan hijau tetapi kecantikannya tetap menyerlah, indah, damai dan sejuk
mata dan hati yang memandang .
Belum lagi jika kita rajin memerhatikan yang pelbagai warna pasti lafaz yang sesuai hanyalah SUBHANALLAH.Cuma maklum akak dan mungkin seorang dua yang terbaca tak perasan kita masih
sering lupa tentang pemberian dan kurniaan yang pelbagai darinya untuk kita.Maklum, khasnya akak
sendiri termasuk golongan yang dalam peribahasa jawa''wong megellan asek-asek kelalen'' dalam
bahasa melayu'' orang yang suka sangat lupa'' jadi akak perlu belajar lagi.

                             





(BUNGA HIJAU PUTIH)

1 ulasan:

  1. Sloty Casino Hotel and Gambling Hall - MapYRO
    Welcome 태백 출장안마 to Sloty Casino Hotel and Gambling Hall, just steps from the city center. Discover 목포 출장샵 rooms, dining 거제 출장샵 options, 광주 출장샵 and 창원 출장마사지 fun.

    BalasPadam