Ahad, 26 Mei 2013

Siam Mari

Assalamualaikum......akak mula sibuk agak lebih bila cuti sekolah .Jika anda tinggal dikawasan kampung
rewang menjadi satu cara untuk bersama dengan masyarakat .Sibuknya tidaklah sesibuk mana tetapi
seperti satu kemestian untuk hadir pada hari rewang.
Waktu inilah banyak bunga-bunga yang biasanya akan akak tegur sapa pada pagi hari akan terabai.
Rupa-rupanya ada bunga jenis manja dan jenis lasak.Contoh paling senang jenis bunga puding.Puding
kampung yang dari akak kecil hingga usia akak mencecah warga perak masih gah dan relaks jika
terkena pancaran matahari atau hujan .
Sejak akhir-akhir ini kegilaan segelintir orang kampung pada puding siam semakin giler( bahasa budak-
budak sekarang-entah hapa hapa punya bahasa).Yang paling pelik bukan setakat beras siam menjadi
sebutan malah harganya amat mahal ,begitu juga dengan puding siam harganya mencecah ratusan rtinggit.
Tak percaye.....percayelah.Rupa puding siam pun lain macam.Akak pernah lihat daunnya sebesar pinggan makan dengan warna yang bercampur merah hijau dan kuning.
Bila akak tanya harga anak pokok tersebut dengan selamba si pemunya mengira helai demi helai daun
nya hingga kiraan yang kelapan dengan selamba si penjual menyebut daun 8 rm 80 kak.Terlopong akak
mendengarnya.Kira tolak bagi akak bertolak balik lagi bagus.Duit buat belanja mak akak cendol lagi
baik siap dapat pahala lagi.
Nasihat akak belilah barangan buatan malaysia tak kira beras atau puding.....keh keh.Bayangkan kalau akak
terbeli sepokok puding siam dengan harga yang mahal....dibuatnya sampai rumah gugur dua helai dah rugi
besar.Lebih baik jangan membazir.Sedekah jelah kat sape-sape.

                                               puding kampung(malaysia)
 puding (siam)
                                           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan