Assalamualaikum,sudah lama benar akak tidak berkisah dalam blog akak ini.Akak pun tak tahu apa
yang hendak dikisahkan kali ini .Sekadar untuk pengetahuan pembaca yang kebetulan
terbaca akak sudah berpindah tempat,masih dipersekitaran kampung yang sama iaitu di kampung
Sungai Gulang-Gulang.Kali ini dijalan besar pula.Kalau ikut rasa hati akak lebih menyukai rasa
santai dibawah pokok mentega iaitu dihadapan rumah akak.Tetapi atas dasar untuk mengembangkan
perniagaan yang tak berapa besar akak terpaksa melangkah gagah (ewaah) dengan tekad dan azam
menuju wawasan....ye ke.
Dan antara penyumbang semangat untuk akak lebih maju adalah ibu mertua akak yang baru-baru ini
pergi untuk selama-lamanya.Keriuhan suara memberi rasa kemeriahan yang amat akak rindukan
hingga saat ini.Pernah akak kisahkan tentang ibu mertua yang amat menggemari bunga walau
usia sudah mencapai 88 tahun.Kenangan bersamanya dibawah pokok mentega adalah pendorong akak untuk terus maju dan bercerita
Untuk yang seterusnya....insya allah akak akan memperkenalkan pokok-pokok istimewa yang
ada dan akak akan berkisah mengenai orang kampong yg sering berkunjung di nursery akak.
Semuga akak mendapat idea nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan