Assalamualaikum,
Nursery yang akak sedang usahakan adalah secara kecil-kecilan,Tempat tinggal akak agak
jauh dari jalan besar.Kebiasaannya pelanggan adalah yang lalu lalang dari penduduk sekitar
kampung ynng berdekatan sahaja.Pendapatan sekadar ala kadar.Namun Alhamdulillah rasa
seronok dan puas kerana akak dapat mengenali corat coret kisah hidup masyarakat yang
masih kuat dalam menjaga tatasusila.namun pengaruh luar sudah mula menjalar .
Dan antara yang agak emosi dan antara pelanggan paling istimewa akak adalah seorang
warga yang boleh dianggap platinum kerana masih teringin menanam sendiri dan menjaga
sendiri pokok yang dibeli dari akak.Usia nenek tersebut lapan puluh tujuh.Sambil tersenyum
beliau berkata embah (Nenek) sepatutnya dah tak payah fikir-fikir pasal bunga tapi embah
suka bunga .Kalau anak-anak takde bunga pencuci mata.
Memang akak menitiskan airmata melihat senyumannya yang akak kira amat manis dan
ikhlas.
Oleh kerana akak dah cerita tempat akak jauh dari jalan utama akak 'promot' nursery akak
ni.Silalah datang .....tak beli pun tak kisah, kalau beli lagi cantik,Dan antara yang paling istimewa
mengenai nursery akak adalah pembantu akak bukan pendatang ye.Akak tabik kat pembantu
akak yang bekerja dengan penuh ikhlas dan gembira.Dan yang lebih istimewa boleh lepak
dibangku kayu dibawah rimbunan pohon mentega sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa
gitu.......Mak ai promot lebih dua macam plak akak ni.Akak rasa cukup untuk kali ini.
Takut takde idea nanti. Apa-apa pun rezeki malahan idea adalah dari NYA...maka
bersyukurlah.
bangku kayu |
tempat rehat |
Silalah datang |