Khamis, 22 November 2012

bunga kerak nasi

bunga ini terkenal ketika usia akak antara 7 sehingga 14 tahun.sekarang usia akak menjelang 50 tahun.bunga kerak nasi akak dapat sewaktu menghadiri majlis perkahwinan di sebuah kampung yang terletak di kuala selangor.pemilik bunga kerak nasi yang akak minta ini mencecah usia 80 tahun.Nenek tua ini menjaga bunga ini dengan rapi dan subur.Dewasa ini,bunga ini amat susah untuk dijumpai.


             
bunga kerak nasi

Selasa, 20 November 2012

bunga keladi dan puding

pagi tadi akak tanam pokok bunga keladi.warnanya merah dan hijau.jika diteliti,seperti corak batik.benih bunga keladi ini agak sukar untuk dijumpai.(kebetulan dijumpai di kebun sawit).perhatikan dan hargailah kebeasaranNYA mencipta bunga yang sungguh cantik ini.

bunga keladi kampung
































                                                                              


            


kebetulan ada seorang pelanggan yang ingin mencari bunga puding.nama bunga puding tersebut jika didengari agak pelik sama seperti makanan.(karipap).bunga puding yang dicari ialah puding karipap.
perhatikan lekuk-lekuk yang terbentuk di tepi daun.Bentuknya sama seperti karipap.Subhanallah,cantik sungguh ciptaan yang Esa.

bunga puding karipap